Monday, 16 December 2019

HAI?

ASSALAMUALAIKUM


Ini betul pelupa namanya. Lupa kewujudan blog. Tak ada entry raya puasa, raya haji dan sebagainya. Juga tak ada entry aku dah konvo. Ye semua. Aku dah konvo. Yeay! Last update blog Januari 2019. Tengoklah lepasni kalau rajin nak update kenangan konvokesyen untuk diri sendiri.

Ok bye.

Thursday, 10 January 2019

We're Signing Off

ASSALAMUALAIKUM

Selamat tahun baru 2019! Last entry tak tahu bulan berapa. Sepanjang tahun 2018, banyak sangat kenangan manis. Biarlah semua tu tersimpan tak payah update semua dekat sini. Privacy perlu ada. First entry dalam blog ni tentang mula-mula aku melangkah di USM. Tahun pertama as student dan masa tu kosong tak tahu apa-apa. Blur lagi tentang degree journey. And... guess what? Aku dah habis degree pun! Currently finished my final exam for last semester. Alhamdulillah. Sempatlah merasa kejayaan dan kejatuhan sepanjang di USM. Tak semuanya manis belaka. Pahit-pahit tu biasalah. Nama pun manusia.

Mempersembahkan major Kesusasteraan Melayu yang tak cukup 13 orang. Dua di tengah tu, lecturer kesayangan yang sangat sempoi sampailah ke last sem. We love both of you!




Last but not least, our beloved junior. The most sporting junior ever! Thank you so much guys.


Love,
XOXO




Friday, 6 July 2018

Cleaning Process

ASSALAMUALAIKUM

Amboi tajuk! Hahahahahaha. Weh dah setahun aku tak update blog. Last entry pasal sem 4. Aku dah nak masuk final sem bulan sembilan ni. Dah sem 7 hahahaha. Okay stop gelak. Sebenarnya sibuk. Sibuk dengan program dekat U, sibuk dengan diri sendiri dan kengkawan sampai tak ingat langsung kewujudan blog ni. Nampak sangat bahagianya sampaikan badan pun macam dipam sejak duduk Penang ni. Salahkan negeri orang.

Tak nak cakap apa pun. Nak bagitau aku berjaya pecah rekod cuti sem dengan kerja part time. Achievement unlock! Haaa tepuk tepuk!! Kerja apa? Tak kuasalah nak bagitau sini. Tunggu aku dah berhenti kerja baru aku bagitau.  


Gambar ni bukti kejayaan kami 16 orang ahli Kelab Sastera USM dengan kerjasama student 1st year untuk buat program besar yang melibatkan T.Y.T Pulau Pinang. Nantilah kalau rajin aku buat satu entry untuk kenang-kenangan masa depan. Hahahaha! Kbye.

Tuesday, 4 July 2017

End Of Semester 4

ASSALAMUALAIKUM

Tinggal 3 semester lagi untuk habiskan pengajian di USM ni. Phewww banyak betul dugaan dan cabaran. Perit betul semester kali ni. Banyak yang cari pasal dengan aku. Hahaha! Banyak jugak kenangan yang sangat manis. Semester ni aku selalu ulang alik hospital. Kesihatan sangatlah tak memuaskan. Pitam tu dah jadi sahabat baik. Alhamdulillah dikurniakan sahabat yang sangat baik dan memahami. Terima kasih sebab bawak aku pergi hospital tengah malam. Teman aku masa dekat emergency. Terharu sampai termenangis. Huehuehue. Cengeng sungguh diri ini.

Mai sini nak throwback kenangan kenangan pahit dan manis. 


My bff dunia akhirat InsyaAllah. Budak yang paling faham aku di bumi USM tu. Semua benda aku pot pet kat dia dan macam tu jugak sebaliknya. Kami dah hadap macam-macam perangai kat USM tu yang cukup untuk buat kami kental menghadapi pancaroba! Hahaha! Sumpah sem ni sangat-sangat mencabar for two of us. Tak mau ingat dah semester 4 yang macam bunga taik ayam.


Kenangan manis dengan adik-adik Pra-U. Terima kasih sebab layan fasi yang tak berapa nak betul ni dan banyak pot pet demi kebaikan korang. Dah berjaya jangan lupa akak okay? Sebab tahun depan akak nak habis belajar dah. Good luck for your STPM and break a leg!


Suka sangat gambar dan moment ni. Jadi, tempek satu kat blog. Will miss you guys forever and ever.



Last day for semester 4. Some of us dah habis final exam masa ni termasuklah aku. Memang freedom habis-habisan. BBQ night anjuran Amin & The Gang. Actually, plan lain adalah untuk bagi kejutan teruk kat budak pegang kek tu sebab birthday dia selalu hujung-hujung sem. Jadi, marilah beli kek sebijik dan celebrate malam tu. Kejutan menjadi. Yeay!


Last lepak + sahur sebelum hantar budak tudung kuning tu pegi airport sebab dah tak sabar nak balik JB. Haha! 

Kenapa hambar sangat entry ni? Sebab aku dah lama tak menulis rasa awkward gila. Kbye.

Monday, 5 June 2017

Unplanned Iftar

ASSALAMUALAIKUM

Selamat berpuasa! Harini dah masuk hari ke sepuluh dah puasa. Alhamdulillah masih cergas berpuasa cuma kali ni puasa di bumi USM. Sempatlah seminggu berpuasa kat rumah masa study week haritu. Sekarang ni minggu exam dan tadi baru selesai first paper. Sangat membunuh dan tercekik. Disebabkan nak mengubati rasa tercekik itu, marilah kita buat kerja gila buka puasa dan menghabiskan duit pada hari pertama minggu exam. Tak sedar diri ada lagi dua minggu saki baki kat USM ni. Jadi, ke Nurul Ikan Bakar lah kami. Order bukan main lagi pastu hujung-hujung semua tolak aku kau habiskan makanan.




Dimulakan dengan selfie secara berjemaah.


Diikuti dengan gambar makanan. Nampak sikit tapi sebenarnya seksa nak menghabiskan.


Diakhiri dengan Alhamdulillah. Jumlah keseluruhan gelas adalah lima belas. Gila betul satu kepala tiga gelas air. 

Sekian, itu je. Hahaha!
#nakbuangsawangkatblogni

Thursday, 25 May 2017

Annual Grand Dinner 2017

ASSALAMUALAIKUM

5 Mei 2017.
Grand Diner De Nuit PPIK, USM.
Theme : Garden


Tahniah Exco Persatuan Ilmu Kemanusiaan berjaya anjurkan Majlis Makan Malam tahunan yang sangat kebabom. Ejaan tu memang ‘diner’ ya. Tak tahu budak-budak ni ambik daripada mana perkataan tu. I malas nak google. Hihi. I bawak diri pegi makan dan buat performance je untuk malam tu. Nasib baik suara tak kelaut. Dah lah bawak lagu Menahan Rindu. Lagu baru pulak tu. Haha!

Malam tu aku pakai simple yang mungkin sebab tak sempat nak cari baju pun. Pitis dah habis. Tulah boros sangat sampaikan JPA bagi duit pun habis licin macam tu saja. Hikhik. For the first time sepanjang aku hidup 22 tahun ni, aku makeup lebih sikit dan pergi dinner. Perghhh dia punya tahap confident tu tak ada langsung tapi aku gagahkan jugak. Selama ni pakai lipstick je colour kemain. Nak makeup lebih-lebih bukan aku lah. Tapi malam tu saja je gatal hahahaha.


Our picture. Terima kasih kepada yang memegang kamera sebab snap gambar kitorang yang baru je duduk tak menyempat nyempat nak bagi posing maut. Lols.

Aku banyak bergambar dengan orang yang sama sebab muka-muka ni yang selalu ada dengan aku susah mahupun senang. Gittewww. Padahal takdak orang yang nak bergambaq dengan hang! Hahaha. Makanan sedap gila tapi tak sempat nak ambil gambar langsung. Terlalu sibuk memikirkan perut yang berkeroncong mintak diisi. Padahal makanan ada depan mata dah sebab duduk meja VIP kann. Hikhikss. Aku makan bread butter pudding banyak gilaa okay. Dua pinggan penuh sebab sedap nak mampp. Pudding paling best aku pernah makan setakat ni. Sos vanilla dia boleh bikin nangis. Sedap punya pasal. Menyesal tak ambik gambar. Sesal kemudian tiada guna.



Adik manis yang sangat lemah lembut macam cotton candy. Aku memang takde rupa cotton candy ke marshmellow apa benda tu sebab aku kasaq. Ramai nau cakap aku kasaq maka memang kasaq sungguhlah aku. 

Mehlah layan gambar. Tak tau nak bebel apa. Boleh menang blog paling hambar ni. Kenapalah aku tak aktif blogging macam dulu dah. Blog dulu boleh tahan gak taklah hambar teruk macam ni. Forgive me lols.





Hai. Kami budak major sastera. Ye, sastera yang orang selalu anggap sajak, syair, pantun dan sebagainya tu. Padahal nak tercabut kepala otak buat benda lain yang sangat mencabar terutama sekali bila nak habiskan novel dan hikayat. Malas tu tak dapat digambarkan macam mana. MasyaAllah teruk sungguh malas itu. T_T






Banyak gambar ada muka dia. Ye. Dia bodyguard aku. Sape suruh yang lain tak join tak cukup genglah aku masa dinner tu.Kahkahkah.    Actually bff aku sorang lagi sepatutnya ada masa dinner ni tapi masa tu keadaan tak mengizinkan. Jadi takdelah kenangan dengan dia untuk dinner kali ni.


Jarak sikit. Hahaha! Adik I ni malu. Baik, sopan santun sangat. Jarak tu bagus ya jangan rapat-rapat tak manihh orang pandang.


Budak ni dulu pernah ada salah faham antara aku dengan dia disebabkan mulut orang. Kurang ajar betul manusia tu. Tapi sekarang dah baik and rapat semula lepas mengadakan sesi luahan perasaan. Love you, yaya!


Wow baru kalini aku bertuah ya sebab dapat hadiah cabutan bertuah. Okaylah tu dapat botol air dan bekas makanan. Habuan untuk guna kat USM. Kalau hilang pun tak lah rasa bersalah gila macam bekas tupperware tu. Hihi. Sayang sangat tiga orang si manis ni.



Last sebelum balik. Aku puas hati dengan lighting kat sini. Terima kasih kepada pihak hotel kerana menggunakan lampu yang berkualiti tinggi. Aku amat hargai.


Kesayangan. Majlis Tertinggi & Exco Persatuan Ilmu Kemanusiaan 2016/2017. Tahniah kepada yang dah tamat perkhidmatan. Aku masih meneruskan perkhidmatan sebagai exco. Haha! Nak kumpul mycsd nak dapat hostel uolls. Sidang depan 2017/2018 tahun last aku berkhidmat sebelum jadi student final year. Yeay dah nak habis lagi tiga semester. Syonoknyaaa la haiii.

Tu jelah. Nak cerita apa lagi? Kbye hahaha!

Friday, 28 April 2017

#imanturns22

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bersama dengan keluarga dan sahabat sehingga hari ini. Finally i'm 22 y/o. Umur makin meningkat makanya makin tua lah diri ini. Kawan-kawan aku punya plan nak prank kan aku sangat menjadi. Dua kali diorang nak kenakan aku tapi kali kedua tu kantoi dengan sendirinya. Apadaaaaa nasib baik telinga aku ni jelas dengar apa benda yang keluar dari mulut korang. Terima kasih Mizah, Izzah, Mimi, Ano, Rais, Aizat, Afiq dan Adan sebab berjayakan prank birthday untuk aku. Best birthday ever Alhamdulillah.

Paling tak boleh lupa bila kena baling campuran tepung dan teh o ais. OMG melekit dan busuk gila. Malam sebelum kejadian tu sebenarnya ada program dan aku pun bersiap macam biasa lah tapi sempat pulak dapat pesanan jangan pakai cantik-cantik. Manalah aku tau sebenarnya itu hint. Nasib baik pakai selekeh je kalau pakai baju elok habis pakaian aku. Patutlah banyak kali call aku tanya dekat mana, dah makan belum padahal nak ajak lepak untuk prank kan aku. Kemain makhluk-makhluk ni haihhhh. Elok tepat pukul 12 muncul lah kek dan hadiah-hadiah serta jeritan dekat kedai makan yang agak bingit dan semua orang tengok. Agak segan dan malu di situ.



First cake yang dapat masa malam tu. Thankyouuuu Mimiey & Ano.


Second cake. Thankyouuuu Mizah & Izzah.


Terima kasih geng tak sembang. Hahaha! Sepakat membawa berkat. Bukan main order teh o ais dengan alasan nak minum padahal campur dalam tepung nak baling dekat aku. Tak senonoh punya perangai.


King of prank. Plan yang membuatkan aku terpaksa berjalan dengan keadaan macam ni balik ke desa. Sangat malu okay bila orang tengok. Dah la busuk gila. Malam tu jugak terpaksa mendobi dan keringkan baju semua. 


Sebelum kejadian. Masih suci dan bersih. Beria-ia ajak aku bergambar bagai tepi jalan padahal ada plan yang aku tak tahu langsung. Siap suruh bawak aku pergi beli barang. OMG sabar jelah wahai hati ini. Nasib baik moment ni best gila. Kalau tak dah lama meroyan. Hahahha!


Kesayangan. Seorang lagi tak ada so tak cukup bilangan enam ketul anak beranakssss. Birthday aku dah dua kali kat USM tapi mamat tu tetap tak ada ya. Itu pun nasib baik tahun lepas ada video wish birthday aku. T_T

Esoknya tu ada jugak plan budak-budak ni nak kenakan aku. Konon ajak keluar pegi main bowling dengan geng perempuan je. Sekali sampai sana terkantoi sendiri rupanya ada jugak geng budak lelaki. OMG tak pandai simpan surprise langsung Izzah ni. (tudung pucci warna kuning). Nasib baik menjadi jugak lah walaupun seciput je. Kahkahkah!





Dapat hadiah lagi. Bebudak ni memang saja nak bagi aku gemuk. Aku dapat belambak gila coklat dan sweets. Penat nak makan. Nasib baik ada adik yang gila coklat makanya dia melantak lebih daripada aku.T_T

Aku dah tak ingat nak tulis apa lagi dah.
Kbye.