Tuesday, 20 December 2016

Reward Diri #RoadToFinal

ASSALAMUALAIKUM

Semester tiga akan melabuhkan tirai lebih kurang dua minggu lagi. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Aku rasa macam baru semalam melangkah masuk dalam USM dan bosan tunggu bila orientasi nak habis. Haha! Final exam aku mula 28 Disember hoihhh awalnyaaa. Esoknya ada dua paper lagi dan gap sehari. Kemudian, gap dua hari seterusnya takde gap dah sampai 4 Januari. Hahaha matilanakkk. Apa aku nak goreng dalam kertas nanti ni. Tapi takpe abaikan sekejap. Aku nak celoteh kejap kat sini kejadian makan steamboat. Wuhuuuu!

Actually dah macam rutin setiap sem pulak keluar makan dengan mahluk yang bernama Amin. Muehehehe. Sem satu makan dekat mana entah tak ingat lepas selesai presentation. Sem dua BBQ dan sem ni steamboat pulak. Amin sangat bagus dalam bab mengingati kawan ni. Takde plan pun nak makan ke apa terus jadi. Pagi tu baru bersembang nak pi steamboat, malam terus on! Ke seberang meninggalkan pulau buat dua jam.

Layan gambaq jelah ye. Aku malas nak menaip. Kahkahkah!








Gadis Aman Damai. Thanks to Siti sebab join kami dan cukupkan korum.



Driver yang kekenyangan. Bagi penghormatan dengan selfie. Kahkah! Dia pun dah tak larat nak melayan aku. 


Masing-masing dah kenyang. Jom balik USM sambung kerja apa yang patut. Terima kasih Amin & Syafiq sebab bawak kami tiga orang. Lepas ni boleh bawak lagi. Hihi!

Nota kaki : Blog ini bertujuan untuk kenangan aku masa depan. Maaf kalau menganggu kehidupan kalian. Peace!
XoXo

Monday, 28 November 2016

Kosong

Bila aku jatuh
Tiada siapa peduli

Hati
Kering terbiar kontang
Rasa makin hilang

Mungkin...
Aku sudah mati
Pada mata orang

Saturday, 19 November 2016

Nature Walk with PPIK

ASSALAMUALAIKUM

Sekali lagi program persatuan berlangsung hari ni. Kali ni buat dekat luar kampus. Pengarah Projek pilih Bukit Bendera untuk hiking. Yeayy! Aku tak hiking pun. Huehuehue. Aku sebagai ajk makanan turut menjadi runner. Penat mengalahkan orang hiking. Penat otak dan mental sebab ada je benda tak kena. Itu tak cukup, ini terlebih. Tunggu nak naik tren pun dua jam. Memang masa tu lari jauh sangat. Makanan pun tak sama macam apa yang kami nak. Agak kecewa tapi aku okay je. Aku bukan jenis orang yang cepat bad mood. Kahkahkah!

Penat tau duduk dalam kereta even bukan aku yang drive. Dah lah sesat nak sampai kat taman botani pun. Sepatutnya pergi bukit bendera terus beli tiket. Tapi biasalah setiap program mesti ada yang kurang. Management tak berapa okayy. Kuikuikui. Dannnn ada pulak peserta yang patah balik turun daripada hiking sebab tak larat dah. Alahh korang ni baru setengah jam kot atas tu. Haha! Sebab tu drag masa sikit. Terus jadi kelam kabut. Paling kesian dekat driver la. Wanita paling ayu pulak tu. Auchh.


Teruk betul camera phone aku ni. Lighting pun dah tak terkawal. Mungkin tiba masa tukar phone. Iphone7plus ehemmmmm. Muka ni lah yang beli tiket, kira kad matrik dan ic berulang kali. Paling tak boleh blah, kad matrik jatuh and nasib baik ada orang tegur. Kalau tak habis kitorang nak menjawab. Muka yang amanah untuk menjaga kad matrik dan ic peserta yang hampir enam puluh orang termasuk exco. Hoihh lemah semangat betul. 



Hey adik faa! Banyak mulut budak ni. Pot pet pot pet tak penat gamaknya.


Hey kak tassha! Tercabut zip beg orang dibuatnya. Ganas sangat akak ayu ni. Haha! Punyalah excited dah settle kira-kira and check apa yang patut. Nak tutup zip beg pun penuh dengan kegembiraan sampaikan zip tercabut. Paling kelakar.


Hey Atilia! Menipu betul camera iphone ni. Berseri-seri muka aku walaupunnnnn tak sanggup nak cakap kat muka sendiri. Penat weh menunggu makanan dan ajk makanan sampai. Lepas tu tunggu lagi dua jam beratur nak naik tren. Rombongan sekolah ramai sangat sebab weekend. Bising tak payah cakap lah. Hoho. Siap ada yang potong queue. Bukan budak-budak yang potong. Orang tua yang melebih. Tak tahu lah nak cakap apa. Sabar jelah noksss.


Muka-muka ajk makanan. Paling kesian dekat budak laki sebab kena angkut kotak air mineral naik sampai ke puncak. Kesian jugak sebab kena menunggu hampir sejam sebabkan hal negara yang tak dapat dielakkan.


Sempat lagi ya mamarazzi. Hey mek ngko dah kenapa sampai tertutup mata tapi tersengih-sengih. Dah la menjerit dalam tren hahaha! Hampehh betul bebudak ni aihhh.


Aku pulak yang terkono. Sampai tertutup mata aku melayan keindahan yang agak padat dalam tren. Kahkahkah.


Budak dua orang yang penat hiking. Sampai pengsan lah budak tudung bunga-bunga tu. Apa-apa pun syabas sebab berjaya. Penang Hill curam gila ye sebab tu aku tak sanggup nak hiking. Sapa nak angkat aku kalau pengsan. Silap hari bulan dorang golekkan aku je turun sampai bawah. T_T


Sambutan sangat best sebab school lain pun join jugak. School = fakulti. Minta maaf yang mana terkurang tu. Manusia semua buat salah dan silap. Harap semua have fun!



Tak tahulah nak letak caption apa. Haha!


Last before turun dari Penang Hill. Tunggu tren lagi sekali. Muka dah serabut + penat masing-masing. Yelah sampai kat puncak pukul satu then pukul dua lebih dah kena turun. Penat beratur dua jam tadi tak hilang lagi kot.


Last but not least! Cantik kamera phone baru kawan kiteee. Wiwiwiwi. Ada jugak gambar sorang yang senonoh. Yang lain semua selfie. Ni kali kedua aku jejak bukit bendera selepas setahun. Lepas ni nak datang lagi sebab aku terbayang-bayang desert kat dalam tu.

Pukul tiga lebih peserta dah gerak balik USM. Aku dengan geng naik kereta tadi pukul empat lebih baru gerak. Makan dulu mengenyangkan perut yang tak berapa nak kenyang tadi. Padah minum kopi sampai tak boleh nak lelap langsung sampai sekarang. Plan asal nak buat assignment tapi errr nanti lah. Update blog dulu sebelum aku lupa kejadian hari ni. Ni last program untuk sem ni. Sem depan akan ada lagi dan lagi banyak kot. InsyaAllah.

Tahniah PPIK!
XoXo



Weekend

ASSALAMUALAIKUM

Ni cerita yang dah seminggu basi. Minggu lepas perabis duit lagi dengan tengok wayang, makan-makan dan beli barang comel-comel. Keluar berdua je dengan budak senget mizah. Kuikuikui. Nak melepaskan stress sebenarnya sebab dua hari sebelum tu aku tak tidur seharian menyelesaikan assignment sampai ke subuh. Sastera tak semudah yang disangka. Bila orang lain ada banyak buku rujukan yang boleh guna untuk buat assignment, kami budak sastera kena perah otak kaji dan bedah setiap ayat-ayat dalam hikayat, novel, dan bla bla. Tahniah anak muda. T_T


Hasil selama tiga hari dua malam. Last minute punya kerja. Hahaha! Lepas tu qada tidur tak payah ceritalah. Apa yang jadi pun aku taktau. Penat sangat-sangat. Jadi, mari kita reward dengan ini.

v
v
v
v
v
v
v
v

Aku bagi 10/10 bintang. Seram + ngeri perfect sangat. Scene kena bunuh sampai kepala tercabut tu paling tak boleh blah. Actually ni first time aku tengok cerita seram indon. Haha! Seremm bangettt dong. Ouija takleh lawan the doll ni. Cerita dari awal sampai habis asyik terkejut je. Sakit jantung aku.


Dating berdua. First time keluar dengan bestfriend i yang sorang ni. Yang sorang lagi duduk bilik tanak ikut nak siapkan assignment. Okay mari kita berjimba. Budak sebelah aku agak penakut daripad aku. Kahkahkah. Terangkat-angkat kaki tengok cite ni wehh. Aku memang tutup muka dengan phone je. Kita orang perempuan ni konon sembang tanak beli apa-apa sebab nak berjimat. Semua tu dusta ya. Habis jugak duit beli benda merapu. Itulah hakikatnya seorang perempuan. Nasib baik tak masuk sephora. Kuikuikui.

Eh, itu jelah nak cerita. Jumpa lagi ye.
XoXo


Monday, 7 November 2016

Lepakinggg

ASSALAMUALAIKUM

Kitorang buat lagi kerja gila semester ni. Keluar tengok wayang petang selepas program family day selesai. Habis program dalam pukul tiga petang then pukul enam petang dah terpacak dekat mall. Beli tiket wayang, shopping sikit dan terus pergi makan. Manusia ramai ya ampun mungkin sebab weekend. Tapi sebelum ni keluar waktu weekend tak sesak macam tu pun. I don't know why. Dekat Kenny Rogers paling tak boleh blah, elok je kitorang duduk then tetiba pekerja dia cakap 'sorry, ayam habis.' Okay sumpah kelakar masa ni. Speechless kitorang sebab kejar masa kot nak makan, nak solat maghrib lagi. Wayang pukul lapan malam. Memang terkejar-kejar.


Kita layan Ouija. Aku bagi 3/5 bintang. Sakit jantung jugaklah tengok cerita ni. Tapi jangan bagi high expextation sebab awal cerita sangat slow. After satu jam baru datang terkejut dan seram ni. Aku agak banyak menjeritlah dalam wayang tu. Nasiblah sape yang kena siku dengan aku. Teheeee.


Apa-apa pun kena makan dulu. Restoran semua penuh so kitorang decide The Chicken Rice Shop jelah. Semua licin ye makanan. Nampak sangat semua lapar sebab makan masa program pun sikit je. So, mari kita melantak puas-puas. Aku pun tak paham kenapa tangan aku jadi macam tu. T_T


Tiga anak dara dan yang lain semua bodyguard. Wuishhh tak pernah keluar seramai ni lelaki. Kali ni pecah rekod. Hahaha! Tengok wayang pastu balik. Terima kasih sebab terima pelawaan aku untuk tengok wayang. Kalau ada yang terkurang terima je sebab aku yang belanja. Kahkahkah!


Last before balik. Penuhi keinginan anak tekak dan nafsu makan. Maka dengan ini mengisytiharkan berat badan naik lagi. Muahaha! Diet lain kali. Kbye!

Sunday, 6 November 2016

FAMILY DAY PPIK

ASSALAMUALAIKUM

Finally, program yang dirancang berlangsung jugak semalam. Hampir dua bulan rancang perjalanan program, urus itu ini tapi banyak betul dugaan dan halangan. Semalam baru selesai dan alhamdulillah berjalan lancar seperti yang kitorang rancang. Adalah sikit compang camping sebab hujan lebat dari pagi sampai tengah hari. Banyak aktiviti terpaksa buat indoor. Nasiblah sapa yang kena main aktiviti dalam hujan. Hihi. 


Tema adalah pink dan hitam. Jadi, merasalah aku pakai warna pink. Huihhh huduh nauuu muka aku pakai warna pink. I dont like it. Pink bukan warna yang sesuai dengan aku. Tapi demi persatuan aku pakai jugak. Kahkahkah.


Nak menangis dan ketawa tengok gambar sendiri kat depan tu. Kembang gila ya rabbi. Tapi aku tetap buat rilek buat peace kat depan. Hikhokksss


Sepatutnya seramai 100 orang pelajar yang hadir program ni. Tapi disebabkan hujan, tiga puluh orang je yang datang. So, agak krik krik di situ. Terima kasih yang datang sebab bagi support untuk school sendiri.


Muka dah sememeh masa ni. Kembang setaman. Mungkin bahagia agaknya.



Kesayangan ni. Penuh muka dorang je dalam blog, fb, ig, twitter. 




Muka kerek namateyyyy. Masa ni penat gila dah wehhh. Otak takleh berfikir apa dah. Dalam kepala ni dah terbayang katil, bantal kesayangan.

Gambar exco dengan ajk yang banyak. Gambar peserta tak ada langsung sebab tak pegang phone sangat masa program. Kihkihkih. Family day macam tak family day je sebab tak ada gambar dengan junior and senior pun. Teheeee. Okay next entry will update pasal meroyan tengok wayang.

Kbye!



Saturday, 29 October 2016

Mid Sem Holiday!

ASSALAMUALAIKUM



Hello Kuala Terengganu! Empat hari tiga malam habiskan cuti mid sem di Kuala Terengganu. Tak pergi berjalan sangat pun. Ikut kawan balik rumah dan proceed assignment. Kau mampu pegi Terengganu pastu lepak library? Aku mampu. Hahaha! Pelajar berdedikasi sangat aku ni. Kalau tak dekan jugak sem ni tak tahu nak cakap apa lagi. Mihmihmih.



Suka gambar ni. Tapi tulah lighting tak berapa elok. Maybe kena tukar phone kot. Okay berangan dalam mimpi. Masa ni sehari sebelum balik. Pegi pantai just nak bergambar pastu balik rumah. Aku dah selalu datang sini. Ketaksuban nak bergambar tu dah kurang. Ke umur yang meningkat menyebabkan aku dah kurang gemar bergambar kahkahkah, Pang satu kali.


Ini budak yang bertanggungjawab bawak aku ke Terengganu. Terima kasih atas layanan yang sangat best kat rumah awak. Hihi! Kita jumpa lepas cuti ye.


Ini pun gambar kesukaan. Nantilah aku cuci gambar ni nak tempek kat board meja study kat hostel. Baru feel sambil study tengok muka sendiri. Hahaha!


Saja buat chicken butter ni sebab tak pernah buat lagi kat rumah. Takut orang dalam rumah tak suka makan benda pelik pelik. Aku je yang makan semua benda tolak batu dan kayu. Lepas ni boleh buat lagi sebab adik aku suka. Okay maka kalori pun meningkat lah dalam pemakanan seharian. Kahkahkah!

Actually cuti mid sem kali berlainan daripada sem-sem lepas sebab kali ni sibuk dengan assignment yang datang tak henti-henti. Empat assignment sekaligus kena buat dan kena submit lepas cuti. Memang tak ada maknanya aku boleh tidur dan makan dan lepak. Nan hado yeee. Aku mengadap laptop dari pagi sampai malam. Dok cari bahan untuk assignment dan kalau tak jumpa aku rasa nak terbalikkan laptop. Oh ya tak lupa jugak download drama korea sebagai bekalan nak bawak balik kampus esok.

Maka dengan ini mengisytiharkan cuti mid sem dah habis. Yeayy! Balik kampus dan sambung kerja yang tertangguh.

Bye!


Friday, 28 October 2016

Cerita campur campur

ASSALAMUALAIKUM

OMG! Dah dua bulan tak update apa-apa kat blog. Terlampau sibuk sampai semua diabaikan. Tengok phone pun just scroll instagram, twitter pastu whatsapp yang tak henti-henti masuk notification. Lebih dua puluh group ada. Group family, bff, kelas sampai ke group persatuan dan kelab. Homaii sibuknya hidup iolls. Weekend pun ada ja program dan masa rehat akan dimanfaatkan dengan tidur yang mencukupi. Yang takleh blah, stress bukan main lagi tapi berat naik macam dipam pam. Kahkahkah! Ohh ya dah mula sem baru dua bulan lepas. Semoga semua dipermudahkan sebab dah dapat major dan minor. Alhamdulillah.


First day muka masih lagi terurus. Masih boleh pakai tudung belit-belit, baju kembang-kembang. Bila dah mula kelas semua, tak sempat dah dik non oii. Aku pakai tshirt dengan jeans je pegi kelas, Kalau mood elok baru rajin nak membelit.


Awal sem masih mewah. Makan kfc bagai sebab duit ptptn baru masuk dan dunia terasa indah belaka. Gittewwww. Bila dah tengah sem amekkauu rasakan betapa dunia ini kejam sebab semua benda rasa mahal. Muahaha! Duit tu mengalir macam air sebab kena bayar macam-macam untuk persatuan. Demimu, ahkak rela. Mihmihmih


Muka masing-masing lebar macam pinggan. Malam-malam buta dok melantak lagi kat nasi kandaq. Terima kasih kepada amin sebab sanggup ambik dan hantar kitorang dari rumah dan balik rumah. Masa ni nasib tak berapa baik sebab still duduk rumah sewa. Bila hujan je jadi terganggu sikit nak berjalan pegi meeting apa semua. Sekarang, semua dapat hostel dah. Yehaaaa takde lagi masalah yang membelenggu.


Susah nak jumpa budak tudung hijau kat belakang tu sekarang ni sebab major dah lain-lain, kelas pun dah tak sama. Jadi, mari kita keluar dan enjoy. Lupakan semua masalah buat sementara waktu. Pastu bila masuk kawasan kampus stress tu datang balik. Kahkahkah. Tak guna betul. Memang enjoy habis masa ni. Makan tak ingat dunia, tengok wayang pastu pusing mall. Eh macam orang tak betul je dah la mall besaq gedabak bukan main!

Okay dah selesai. Bye!



Tuesday, 23 August 2016

Berubah &Istiqamah

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni aku nak bebel. Bukan nak cerita kejadian-kejadian yang menggembirakan sepanjang cuti sem ni. Istiqamah. Perkataan yang selalu betul disebut-sebut. Alaaa bukan susah pun nak sebut 'istiqamah' tu. Nak jadi betul-betul istiqamah tu yang susah. Macam aku dulu pun bukan baik sangat. Ada je kelakuan aku yang orang tak puas hati. Pakaian dulu pun ala-ala je nak tutup tapi singkat kemain lagi.

Titik tolak perubahan aku ni disebabkan faktor-faktor yang banyak bagi kesan dekat hidup aku. Betul lah apa orang-orang tua cakap. Bila kita buat silap, kita insaf maka perbuatan untuk mengulang silap yang sama tu sangat tipis. Tapi! Ada tapi ye? Kalau kita berubah tapi ala kadar je dan tak ada sokongan pun daripada family, kawan-kawan, kita nak kembali kepada kesilapan yang lama tu sangat senang. Nak berubah dan istiqamah dengan perubahan tu, kena cari sesuatu yang boleh kita jadikan pegangan yang kuat supaya tak tersungkur di kemudian hari. Pedulikan mulut-mulut orang yang nak mengata. Biasalah, nak berubah mesti ada halangan.

Bukan senang nak istiqamah dengan perubahan ni. Jujur aku mengaku kadang-kadang nak terkandas jugak. Tapi aku fikir dalam-dalam, kenapa aku nak kena hanyut lagi? Cukup-cukup lah dengan perkara lepas. Kena buka buku baru dan melangkah ke hadapan. Kadang-kadang, perkara yang menyakitkan akan menjadikan kita lebih kuat dan lebih baik daripada sebelum ni. InsyaAllah.


Gambar ihsan google. Ekekeke. Berterima kasih lah kepada apa-apa yang telah membuatkan kita jadi lebih kuat dan lebih matang. Pengalaman mematangkan kita.

Makanya, jangan nak umpat keji kawan-kawan atau sesiapa pun yang ada di sekeliling kita yang cuba nak berubah ke arah lebih baik. Doa yang baik-baik okay?

Xoxo :)

Saturday, 13 August 2016

Mereput sampai tinggal tulang

ASSALAMUALAIKUM

Aku dah cuti sem hampir dua bulan. Cuti pun dah nak habis tinggal lagi dua minggu lebih camtu. Boleh imagine tak macam mana aku punya bosan tahap mereput sebab tak buat apa-apa kerja pun. Duduk rumah jadi suri rumah separuh masa. Ekekekeke. Aku pun pelik macam mana aku survive sepanjang aku cuti sembilan bulan lepas STPM dulu. Hari-hari aku tengok Running Man dari episod satu sampailah yang latest. Pastu ulang, ulang dan ulang lagi. Sekarang pun aku buat benda yang sama. Punya la takdak kehidupan. T_T

Ada sesiapa nak bawa aku jenjalan? Tapi belanja sebab aku kekangan duit kahkahkah. Melampau betul permintaan. Minggu lepas ada la keluar kejap. Tu pun pergi bank selesaikan masalah kad ATM aku ni. Dua bulan jugak la aku lantakkan kad tu dalam dompet. Dapat keluar pergi bank pun hati ni dah gembira. Tak rasa lifeless ke hidup aku ni? Hahaha!


Lighting pun takmau bagi kerjasama dekat aku. Eh, gigih aku snap sorok-sorok dalam toilet ni. Jangan risau, masa ni toilet bau wangi lagi tanpa sebarang bau-bauan yang mencemarkan. Pukul sebelas pagi aku dah terpacak kat sini lepas selesai semua urusan kat bank tu. Alaaahhh, beli barang seketul je pun pastu bayar bil internet. Haa tu je la kisah kehidupan aku sepanjang cuti ni. Nak tunggu aku update, tunggu aku balik USM. Kahhh! Bye uolls.

P/S : Mereput jugak aku tunggu keputusan major aku nanti.