Tuesday, 16 February 2016

Journey @ USM

ASSALAMUALAIKUM

Finally! Aku buat comeback selepas hampir dua tahun menyepi dalam dunia blog. Selepas fikir baik dan buruk dunia blog ni, aku ambik keputusan untuk kembali menulis. Aku perlukan sesuatu untuk aku luahkan apa yang terbuku dalam hati ni. Nak luah dekat twitter, ada words limit. Facebook memang tak sesuai langsung. Zaman aku nak merapu dekat facebook tu dah lama berlalu. I'm 21 years old now. Bukan budak belasan tahun lagi. Fikiran pun kena matang. Hmmm so yeah! First entry dimulakan dengan memori yang manis dalam hidup aku. Siapa tahu selepas gagal dalam SPM dan teruskan melangkah ke tingkatan enam dengan hati terpaksa, aku berjaya juga akhirnya. Sekarang, aku dah berjaya menjejakkan kedua-dua kaki aku di bumi USM. Semeter satu dah lama habis. Alhamdulillah, everything went well. Sekarang aku tengah berusaha berjuang untuk semester kedua yang sangat mencabar bagi aku.

Sebelum ni cuma mampu je tengok kawan-kawan dapat kad orientasi masing-masing. Selepas bertahun baru dapat merasa. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Diberikan kawan-kawan yang baik dan sangat memahami. A lot of love for them! USM mungkin tak sehebat universiti lain. Tapi bagi aku sini tempat yang sangat best. Persekitaran dan orang sekeliling yang sangat memuaskan hati aku lah kiranya. Tipu lah kalau tak ada yang tak puas hati kan. Ada je tapi yang best lagi banyak kot. Hihi.





Buah hati pengarang jantung dekat sini. Semua yang manis, masam dan pahit kami dah rasa sepanjang berkawan. Sangat bersyukur dikurniakan sahabat suka dan duka dekat sini. Our first program kot tak silap masa ni. Program yang agak besar kitorang join. Not bad, kitorang peserta terawal sampai ke garisan penamat. Even tak dapat nombor pun tak kisahlah. Asalkan kitorang gigih berlari jugak. Hehe.



Finally, we formed our new group members. Hihi. Sorry mizah, awak tak ada dalam gambar ni. Tapi awak ada dalam hati weolls. Gitteww. Sape suruh balik lama sangat masa study week aritu. Gigih weh menapak dari USM ke tapak pesta. Dengan anjing berkeliaran. Semput berjalan takut punya pasal. Grrrr. So, abislah kot celoteh first entry ni. Sumpah aku tak ada idea lama sangat tak menulis. T_T

Nantilah fikir apa lagi yang nak dimerepeknya kat sini. Bye!