Wednesday, 23 March 2016

Menulis & Aku

ASSALAMUALAIKUM

Dari dulu aku suka menulis. Mengarang apa-apa cerita yang aku suka dengan imaginasi aku sendiri. Pernah suatu ketika dulu, impian aku untuk sambung belajar di ASWARA musnah berkecai. Dek tentangan keluarga semestinya. Maka dengan hati yang berat aku melangkah ke tingkatan enam. Sepenuh hati memberontak tak suka. Takut tak boleh go on dengan semua subjek katanya. Terlalu dengar momokan orang lain yang tingkatan enam tu susah. Mudah untuk gagal. Betapa bodohnya aku masa tu.

Bila dah mula belajar, kenal dengan subjek yang dikatakan susah tu aku mula jatuh cinta. Aku set kan dalam otak, tak apalah kalau tak mampu jadi penulis. Banyak lagi pekerjaan lain. Fokus untuk sambung degree selepas tingkatan enam dulu. Itu yang ada dalam kotak fikiran aku. Tamat tingkatan enam dengan keputusan yang bagi aku agak cemerlang. Hampir sembilan bulan jadi penganggur terhormat. Awal bulan ogos, dapat tawaran daripada dua buah universiti. USM & UNIMAS. Berperang lagi dengan perasaan. Selepas buat perhitungan dan peperangan, jiwa dan hati berat ke USM. Sastera. Ya! Kena dengan jiwa aku.

Sekarang, aku sudah berada dalam semester dua. Berperang dengan empat subjek sejarah, sastera, bahasa melayu dan pengajian islam. Selidik punya selidik, ada penulisan kreatif jika bermajorkan sastera. Terus gembira. Teruja. Rasa nak menjerit. Ternyata ada hikmah di sebalik semua kejadian dan peristiwa dalam hidup aku. Perasaan untuk menjadi penulis berkobar-kobar semula. InsyaAllah, jika diizinkan Allah aku akan capai cita-cita aku. Jadi seorang penulis yang berjaya? Tidak ada yang mustahil.

2 tahun setengah sahaja lagi. Aku yakin aku mampu. Kena berebut untuk dapatkan sesuatu. Disebabkan itu aku kembali menulis. Menulis di sini. Aku jadikan ini medium untuk aku luah segala yang ada dalam hati aku. Untuk aku asah bakat aku. Biarlah orang cakap syok sendiri pun. Ada aku kisah? HAHA! Opsss terbiadap pula.

Ikhlas,
NIZ