Friday, 27 May 2016

Annual Dinner & AGM PPIK @USM

ASSALAMUALAIKUM

Fuh fuh! Buang sikit habuk dengan sawang yang penuh ni. Almost a week blog ni terbiar tanpa entry yang baru. Hikss. Akak is busy uolls. Busy dengan assignment dan projek Annual Dinner School Of Humanities. Oh! I jadi AJK jee. Hakkks! Cuma membantu apa yang patut. Sebarang keputusan of course majlis tertinggi dan ketua AJK yang buat. Hihi. Takmau berceloteh mengarut entah apa-apa, terus ke topik utama. Cewah! Sebelum terlupa apa yang jadi, baik cepat-cepat tulis kat sini. :)

Dinner ni dirancang dua bulan sebelum kalau tak silap. Macam-macam yang jadi. Ada pasang surutnya bila kita terlibat dalam projek yang macam ni. Walaupun aku bukan orang penting, tetapi tetap pening kepala. Haha! Pahit, manis, masam semua ada. Alhamdulillah, semuanya berjaya diharungi sehingga hari majlis. Tempat yang dipilih of course dalam kawasan pulau tu juga. Royal Hotel Penang. Sepatutnya kitorang punya even dalam hall yang besar tetapi disebabkan ada beberapa masalah which is kurang dapat sambutan sebab dah hujung bulan, kitorang dapat macam meeting room. Pun okay jugak! Cantik selepas selesai deko. Ehemm! Tahniah untuk team sendiri dan ketua kitorang hihi.


Majlis ni diadakan sekaligus untuk meraikan anak-anak yatim. Alhamdulillah, diorang nampak happy sangat!


Dimulakan dengan group selfie. Kihkih. Masa ni tetamu dan VIP tak sampai lagi, maka kita manfaatkan dengan bergambar dulu. Tak ada langsung gambar yang proper. Kebanyakannya selfie plus wefie sebab kekangan masa yang tak sempat langsung nak bergambar lepas selesai majlis. Semua jadi rushing nak balik selepas selesai AGM. Driver bas tak sabar-sabar nak balik. Kasi chance la orang nak bergambar dulu. T_T

Gambar foods pun tak banyak yang dapat amik. Main course langsung tak sempat nak amik sebab masa tu pihak hotel tak siapkan lagi. Makanya tak ada gambar makanan. 



Suka sangat-sangat gambar ni. Terima kasih kepada yg ambilkan gambar iolls.Ada jugak gambar yang proper masa dinner aritu. Heee.


And yeahh... This is my second solo performance @usm. Hihi. Ingat zaman ni dah berakhir lama dah. Tapi tidak ye. Minat aku yang satu ni memang tak boleh nak dibuang langsung. Tapi setakat ini je lah. Untuk lebih memang tak dapat sebab ni minat je. Sekadar suka-suka.


During rehearsal. Yang tengah tu acah-acah aje yee.




Only four of us. Selalu tak cukup korum. Kalau ada cukup enam orang, gambar mesti tak lawa. Tak ada yang elok satu pun. Kalau wefie je elok pun. Ekekekeke





Okay, last but not least. Decoration from my team. Hihi. Yang belon tu semua tempah je. We did it. Alhamdulilah. Tahniah kepada yang terpilih sebagai Majlis Tertinggi untuk sidang akademi 2016/2017. Kita dah nak jadi senior uollss. Kihkih.
Xoxo.

Friday, 20 May 2016

BBQ Night

ASSALAMUALAIKUM

Banyak betul halnya sejak nak abis sem ni. Kihkih. Lepas dinner, malam esoknya ada BBQ dengan budak-budak yang semua kepala gila-gila. Entah macam mana diorang boleh terfikir nak ajak kitorang empat orang ni. I'm so glad. Terima kasih Amin & The Gang. High five sikit! Plan asalnya pukul lapan malam tetapi disebabkan masalah yang tak mampu dielak, BBQ kitorang pukul 11 malam ye. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Bayaran RM13 sekepala. Nasib baik murah pastu makan sedap. Ekekeke.



Seperti biasa, enam ketul takkan terpisah. Terima kasih baju merah yang belakang tu sebab bakar semua ayam sampai habis dan jadi orang yang terakhir yang makan. Kitorang yang lain dah kenyang siap sendawa lagi. Kihkihkih

Okay dah. Cerita dah habis. Rasa nak penampar je ending tah pape. Kahkahkah. Ok bye!

Xoxo :)

Saturday, 14 May 2016

Lepak + Prank Birthday Mimi^^

ASSALAMUALAIKUM

Happy birthday yang ke 21 mimi. Hihi kesian teruk betul kena prank. Aku terpaksa berlakon untuk memastikan birthday girl tak tau dia kena prank. Kahhh! Susah okay nak berlakon. Kena kawal gelak, kawal segala-galanya kalau tak kantoi nanti. Gigih la budak berdua (mizah/ano) tawaf satu Queensbay cari belon dengan hadiah. Aku kena duduk kat Secret Recipe dengan mimi. Hoi banyak betul soalan dia kenapa budak berdua tu pergi toilet lama sangat. Toilet apa benda nya oii. Dorang tawaf cari hadiah untuk kau la. Haha!


Aku punya makanan yang depan sekali lengkap dengan green tea. Konon takmau minum berat-berat nak makan cake pulak pasni. Makanan depan tu Mizah punya. Makanan dah sejuk masa ni sebab tunggu budak berdua tu. Memang lama gila.


Menu yang sama dipilih Mimi & Ano. Tengah hari memang kena makan nasi ya. Aku je belagak makan western food pastu bising tak kenyang. Janji pasni tak buat lagi dah. Mihmihmih


Ini memang feveret sejak azali. Cehh sejak kek ni muncul kat muka bumi beberapa tahun yang lalu. First time aku makan red velvet, cake tu pahit gila. Second time makan baru perfect kat tekak aku. Entah apa yang terkurang terlebih pun aku tak tahu dalam cake yang pahit tu.


Aku suka movie fairytale camni. Berangan tengok hero dengan heroin hensem cantik sangat ni. Pastu baju ala-ala princess tu kan hoii I likeee. Tapi watak jahat je pakai dress lawa-lawa.


Gigih birthday girl usung belon ke sana ke sini. Kesian dia jadi perhatian orang ramai. Haha!


Iman, Mimi, Ano


Iman, Mimi, Mizah


Ada gambar yang semenggah. Terima kasih kepada pekerja SR sebab amikkan gambar kitorang. Kihkih.



Memang have fun dan enjoy gila ye bila dapat keluar lepak macam ni. Penat kepala otak fikir assignment, kuliah dan tutorial. Kitorang bukan jenis selalu keluar melepak kat mall. Bila dah keluar tu memang habis-habisan lah. Tengok wayang, makan-makan. Kitorang lebih banyak terperuk dalam bilik kat hostel tu haaa. Tidur lagi penting. Well, student kan? Hiksss

Thursday, 12 May 2016

We did it!

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, segala usaha, penat dan lelah satu semester berbaloi akhirnya. Terima kasih Allah beri peluang kepada aku dan rakan-rakan yang lain rezeki untuk semester satu. Semester depan tak tahu lagi macam mana. Orang tak nampak kita berusaha itu suatu yang bagus. Tak perlu dicanang segala usaha kita. Cukup disimpan sendiri. Cuma kenangan perlu dikongsi. :)
29 April 2016. Diberi peluang hadir ke majlis ini.

Ini hadiah untuk parents, family dan of course untuk diri sendiri. InsyaAllah sebagai pembakar semangat untuk berusaha dengan lebih lagi sem ni dan sem akan datang. Kalau tak ada rezeki lagi lepas ni, at least dapat jugak merasa. Hihi


Ini je wakil pelajar tahun satu Sastera Ilmu Kemanusiaan. Kanan sekali tu timbalan dekan tau. Bukan student. Haha


Last but not least. Of course tuan punya blog. Ekekekeke. Pertama kali juga dapat jejak kaki dalam dewan persidangan. Sem depan kita jumpa lagi ye? Hihi.