Friday, 24 June 2016

Hang Out with Housemate-to-be

ASSALAMUALAIKUM

Dua hari berturut-turut buat kerja gila dengan bebudak ni tengok wayang. Padahal ada lagi exam yang menunggu. First punya plan mengejut. Tak ada langsung plan nak keluar sebab semua sepakat nak keluar hari khamis je berbuka kat luar sekali dengan movie The Conjuring 2. Nak dijadikan cerita, masing-masing nak tengok Me Before You jugak. Okay lah, kita keluar je dua hari berturut-turut. Duit pun keluar macam air. Kehkehkeh. Oh ya! Lepas ni dah duduk rumah sewa jangan buat perangai macam ni okay? Kita kena jadi seorang yang berhemah. Kena balik awal. Nanti apa kata jiran-jiran. Ahakkss!


Aku bagi 8/10 bintang. Aku tak suka betul ending sedih-sedih pastu hero dia mati. Tapi nak buat cemana kan? Aku kena terima la dah director dia nak buat ending dia cemtu. Kahkahkah. Tak dinafikan memang berlinang air mata dahku tengok movie ni. Elehh member sebelah pun sama je. Perempuan dengan emosi mana boleh berpisah. Ye dak?



Tekak orang melayu mana boleh tak makan nasi tambah-tambah pula nak berbuka. Mau meragam perut aku minta nasi wehh.



Only four of us. Alhamdulillah, bakal housemate yang InsyaAllah akan susah dan senang sama-sama. Muka-muka tak dapat hostel sebenarnya. T_T


Happy birthday Alya! Gigih aku dengan mimi pusing QB tu cari benda yang paling awak suka. Finally, kami bagi coklat sebab awak suka makan. Alhamdulillah, hang suka dengan hadiah simple but memorable ni. Terima kasih untuk mizah sebab tolong kawal gerak geri hang, alya! Kahkahkah. Terkejut tak naik bilik pastu tetiba ada kek? Ekekekeke. Abaikan bilik yang sepah penangan final exam. Hihi


Hari kedua kejadian. Gatal sangat nak tengok cerita hantu kan? Amikkau tutup muka je dalam cinema tu pastu dok berzikir nak balik, nak balik. Muahaha. The Conjuring 1 pun tak seram macam ni wehh. Terima kasih sebab layan aku nak tengok movie ni. Next sem kita layan horror movie lagi, okay? Jangan serik tambah-tambah lagi mizah. Hihi.






Tiket wayang pukul 10.40 kan? Buang masa dengan makan pastu selfie. Itu je lah kepakaran dan kehandalan kami berlima. Hikkkks.


Muka masih ada senyum masa ni sebab baru masuk panggung kan? Sepuluh minit lepas tu dah terdiam terkejut terjerit semua ada. Tangan aku jadi mangsa orang sebelah tu. Dipeluknya aku pastu berzikir. Haha! Balik hostel siap baca Yaasin. Alhamdulillah. Kekalkan jangan sebab citer hantu ja. Kihkih.


Muka yang tak senonoh dah. Rabak mata tunggu nak balik. Sempat lagi selfie okay? Aku dah kata ni je kepakaran yang kitorang ada. Balik tu terus terbongkang tak sedar apa dah. Esok tu ada exam okay? Jangan ikut perangai tak senonoh ni. Hujung-hujung sem baru buat perangai. Kalau nak buat perangai, buat awal-awal. Kahkah!

P/S : Banyak lagi story. Aku dah bebas dari exam dan sekarang dah kat rumah. Cuti sem 3 bulan ohoii! Bahagianya rasa.

Wednesday, 15 June 2016

Pameran Sastera Elektronik PPIK @USM

ASSALAMUALAIKUM

Nak cerita lama dah pasal pameran ni tapi asyik terlupa je camno? Maap laa yee. Alhamdulillah aku dengan partner aku terpilih ke pameran sastera elektronik (puisi digital). Beberapa orang je yang terpilih antara semua coursemate aku. Alhamdulillah, rezeki selepas assignment ni ditolak mentah-mentah oleh pensyarah kesayangan weolls. Hihi. Jika diizinkan Allah, aku akan jumpa lagi dengan lect yang sama jika bermajorkan sastera. Harap dapatlah sebab aku nak gapai cita-cita aku weh.

Sem ni paling mencabar disebabkan inilah. Bersengkang mata siapkan assignment yang berkaitan media ni bukan senang. Dah la aku tak ada basic langsung. Hentam keromo je buat pastu mencari orang untuk minta tolong ajar. Nasib baik semua selesai. Pengorbanan kami berbaloi sebab terpilih untuk ini. Hihi. Kitorang berdua dapat turn pukul 11 pagi sampai 1 tengah hari. Cukuplah dua jam buat apa lama-lama. Mau kebosanan aku kat situ melayan orang. Muahaha!


Us with our poetry digital. Masa ni nervous namatey sebab tengah tunggu lect datang untuk presentation. Kitorang group last which is dah dua group dah settle malam-malam sebelumnya. Ada yang teruk kena marah, ada yang lekk2 je. Hoho. Aku masa ni sakit perut semua ada takut weh.



Diorang suka bahan kening aku macam tu. Aku try hard tiru kening Hafidz Roshdi weh. Cam hape lagi aku tengok haha! Itu puisi digital yang ketiga selepas di reject dua kali. Mihmihmih. Paling sempurna lah bagi weolls.


Our booth. Petang rabu selepas selesai kuliah terus rushing buat benda alah ni. Malam sebelum tu aku dah nangis sebab stress. Masa tu rasa menyesal sebab buat elok-elok sampai terpilih masuk pameran. Mengong betul hahaha! Biasa lah hormon stress tahap tujuh punya. Semua benda rasa menyesal. Pang satu kali.


Pengasas Upin Ipin (Les Copaque) datang merasmikan pameran yang berlangsung dua hari berturut-turut. Sempat dengar seminar daripada pengasas Upin Ipin mengenai dua karakter kartun ni. Kenapa rambut Upin ada sehelai je? Sebab kos nak buat rambut mahal. Ekekeke. Kenapa Upin selalu sebelah kiri? Ipin sebelah kanan? Sebab U & I. Ada faham tak? Tak faham lantok sana. Kahkah!





Abaikan jubah iolls yang berterbangan itu. Ni hari pertama dan sangat mencabar bagi aku sebab pagi tu ada presentation assignment subjek lain. Ni salah satu faktor kenapa aku stress macam orang gila. Sobssss


Four of us. Dua orang depan tu puisi dorang cantik gilosss. I is jeles. Sejenis bangsa tak puas hati dengan hasil kerja sendiri. Muahaha. Ni hari kedua dan paling menyedihkan sebab hari Jumaat school weolls cuti, Makanya tak ada orang lah yang datang, Kalau tahu nak jadi macam ni aku dah cabut balik rumah semalam. T_T




Baru boleh amik gambar dengan benda alah ni. First day tu sesak sangat ramai orang. Tu yang gambar tak semenggah mana masa hari pertama. Muka sememeh gila pastu dah habis turn kitorang terus lari balik hostel tukar baju sebab petang tu ada kelas lagi. Sobsss.

Boleh dikatakan ini peluang pertama yang terbaik untuk aku sebagai permulaan di USM. Lepas ni kena grab lagi peluang macam ni. Tak pernah mimpi pun terpilih dalam pameran ni. Bagi orang lain mungkin pameran ni kecik je tapi bagi aku cukup besar. Bukan senang buat puisi digital. Guna adobe bagai. Aku ni kalau media sosial aku terer laaa. Kalau benda alah adobe ni bagi aku dua minggu pun tak terer lagi. Kihkih. Takpe, belajar slow-slow. Heeee.

Xoxo :)