Thursday, 14 July 2016

End of Semester 2 @USM

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah semester dua berjalan dengan sangat lancar. 21 Jun 2016 tamat sidang akademik 2015/2016 dan aku masih tak percaya yang aku ni budak USM. Kahkah! Dah dua kali amik exam dan esok result provisional akan keluar. Doakan aku lulus. Amiinn. Masih lagi diizinkan Allah untuk berada dalam kalangan kawan-kawan yang baik, yang banyak mengambil berat. Tipulah kalau tak ada bermasam muka. Itu semua dugaan dan ujian. Masing-masing dah besar dan matang. Berfikir secara rasional semua masalah boleh selesai dengan mudah.


Muka kegembiraan yang tidak terkata lepas selesai semua paper. Susah namateyy entah apa aku jawab pun aku tak tahu. Aku tawakal je apa yang aku akan dapat nanti. Harap-harap result nanti berada dalam keadaan yang baik, InsyaAllah. Desasiswa ni akan dirindui. Banyak betul berjasa dengan aku meskipun tak selawa desasiswa lain. Tapi aku bersyukur gila sebab dekat dengan semua tempat dalam kampus. Kehkehkeh.


Inilah bakal housemate ittewww. Semoga kita duduk dalam keadaan rukun, aman dan damai serta bahagia. Ekekeke. Takmau gaduh-gaduh woii. Nanti aku bukak silat yang dah ditinggalkan sejak zaman form 1. Kahkah!

Sebelum cuti study week sempat pulak buat sesi bergambar lepas selesai kuliah. Ini semua geng-geng hostel aku lah. Orang lain jangan menyibuk. Mihmih. Terima kasih sebab semua sporting melayan je apa jenis posing yang dikehendaki.




Ini muka budak first year. Kita tunggu second year nanti apa nak jadi. Makin lawa ke makin selekeh. Aku harap masing-masing kekalkan kekemasan. Biarlah serabut tungging cemana pun asalkan pegi kuliah tak macam zombie sudah. 


Aku menggunakan taktik menyorok di belakang supaya nampak kurus. Gitteww. Padahal dok makan tak ingat dunia pastu complain kenapa gemuk. Nak kena tampar letteww. 

Last but not least, terima kasih jadi kawan yang baik selama dua semester ni. Nanti kita duduk serumah. Nak pesan ni, kita kena makin sayang menyayang okay? Even nanti major subjek lain-lain. Jangan tinggalkan iolls keseorangan. Huhu. Nanti iolls kena cari kawan baru. Takmau dah aihhh. Manusia sekarang pelik-pelik. Aku nak maintainkan kawan aku yang ni jugak sebab paling memahami dalam dunia dan alam semesta! Kbye


Happy Eid Mubarak 2016

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni dah sembilan Syawal. Dah seminggu berlalu first Syawal. Cepat betul masa sekarang ni. Aku baru beraya dua buah rumah. Teruk betul perangai iolls. Jangan ikut perangai pemalas nak beraya ni. Aku lagi suka duduk rumah habiskan masa dengan sepupu sepapat yang jarang dapat jumpa. Duduk lepak-lepak, makan-makan pastu layan movie sama-sama. Lagi seronok sebenarnya tapi tak elok perangai macam ni. Nampak sangat anti social. Takpe nanti dah kawen aku pergi beraya sebab dah ada geng. Haha! Gila kau tak pergi beraya. Nak kena ketuk dek laki buat la perangai. Jangan laki aku nanti perangai 2x5 macam aku sudah. Minta dijauhkan.

First raya macam biasa memang rutin setiap tahu beraya sebelah abah aku dulu. Kampung dengan rumah aku sepuluh minit je jarak dia. Makanya kitorang bertolak balik kampung pagi raya pukul lapan macam tu. Sampai je kampung aku dah amik pinggan makan nasi dengan rendang daging. Apa-apa hal perut aku mesti kena isi dulu sebelum aku jadi gorilla seharian. Ketupat dengan lemang aku dah makan sehari sebelum raya sebab berbuka dekat kampung. Sebab tu pagi raya aku pandang sebelah mata je. Kahkah!

Entry ni aku gabung semua sekali cerita pasal raya. Tak kuasa aku nak pisah-pisahkan sebab raya pun tak pergi mana-mana. Biarkan kucar kacir entry ni. Bukan ada sapa pun yang kisah.


Mestilah dimulakan dengan muka tuan tanah. Ekekeke. Blog aku takkan nak tempek muka orang lain.


Muka berkerut takmau senyum. Masam je muka pastu takmau kat orang. Nasib baik comel Mukhlis oii. Sabau aje lerrr.


Belambak gambar sebelum sesi bersalam-salaman bermaaf-maafan. Gitteww skema betul ayat aku. Sementara tunggu semua orang balik sembahyang raya selfie dulu. Biar penuh memori phone masing-masing. Gambar banyak tapi aku tempek tiga keping sudah. Gambar kedua dengan anak buah iolls. Iolls jadi maklong sudahhh. Tak glemer betul panggilan tu tapi terima lah dengan seadanya. Gambar atas ni dengan sepupu iolls merangkap mak sedara si budak kecik tu.


Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lagi dapat duit raya. Jumlah agak memuaskan dan hampir separuh dah digunakan beli apa yang patut. Aku memang tak boleh tengok duit ni. Tetiba jadi mata duitan. Haha! Terima kasih mak cik pak cik for duit raya. Mahasiswi sangat memerlukan wang yang cukup untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pang satu kali! 


Tudung dengan baju tak match langsung tapi apa aku kisah? Janji ada tudung raya. Beli tudung last minute camni laa jadinya. Kasut bersepah tu abaikan. Memang sedara mara ramai gilosss.



Sepupu terpaling rapat sebelah abah. Tua setahun daripada aku. Memang belangkas tak boleh terpisah dan dipisahkan sama sekali. Kalau balik kampung memang muka dia je aku cari tak ada muka lain. Bakal nurse uolls tapi tak single dan available lagi dah. Semoga cepat kawen aku dah lama teringin nasi minyak.


Sepupu yang rapat jugak tapi dah tua dan tak kawen-kawen lagi. Ekekeke. Kesian budak kecik tu tersepit kat situ. Ini pun anak buah weolls jugak. Pak sedara betul-betul dia yang tua tu laa.



Tiga beradik dan aku tersesat di situ. Aku memang suka menyemak dan muncul dalam mana-mana gambar sebab dorang bergambar guna phone aku. Kahkah!


Pengakhiran gambar sebelum aku cabut balik rumah tengah hari tu sebab ada sedara mara lain nak datang rumah. Tak sempat aku nak makan bihun sup kali kedua kat rumah Mak Ndak iolls. Menci tau sebab aku dah lama kempunan. T_T



Auchh! Muka aku dimana-mana lagi. Second outfit masa raya pertama aku recycle je baju dan tudung yang lama. Baju baru aku simpan konon-kononnya nak pakai beraya hari-hari seterusnya. Tapi nan hado sebab aku tak pergi mana-mana pun. Tersimpan rapi dalam almari. Petang raya tu pergi beraya kampung belah arwah mak iolls dan semestinya sangat gembira dapat jumpa sepupu sepapat yang semuanya lebih kurang perangai dengan aku. Lepas tu beraya rumah mak cik aku dan diakhiri dengan balik semula kampung belah abah dan tidur satu malam kat situ.

Hambar kan raya iolls? Kahkahkah.

Petang raya kedua aku balik kampung belah arwah mak aku. Sorang-sorang aku je menghabiskan masa tiga hari dengan budak-budak ni semua. Even umur aku dah 21 tahun, tapi perangai aku tetap boleh memeningkan kepala semua orang yang ada. Macam budak-budak jugak aku bila bergaul dengan diorang ni semua. Raya kedua dan ketiga masih jugak mereput kat rumah. Malam raya ketiga buat BBQ. Akhirnya! Ada jugak aktiviti yang tidak membosankan. Muka yang bakar ayam adalah muka aku dan sepupu aku yang seorang lagi. Memang nasib anak sulung camni kot. Rela menahan lapar dan bakar ayam untuk kasi adik-adik makan. Ekekekeke. Mohon bakal mak mertua baca. Kahkah!


Ada ayam,sotong, ikan, sosej. Ayam je yang masuk dalam gambar. Yang lain dah licin sebab bakar awal. Semua dah masuk dalam perut. Masing-masing makan tak ingat dunia.



Sudah semestinya bukan aku yang paling tua kat situ. Hujung sebelah kanan tu haa paling tua dan jugak tak kawen-kawen lagi. Nasiblah family Hj Musa. Kita bertabah dan redha sahaja. Kita pi makan nasi minyak orang lain dulu.



Aku masih muda dalam gambar ini sebab sebelah kanan aku tu tua setahun daripada aku. Nampak muka aku je sibuk suruh carikan jodoh dekat dia. Hello? Aku ni pun masih terumbang ambing lagi. Sapa-sapa berkenan kat mamat sebelah silakan PM aku. Haha!


Aku paling tua dalam kalangan sepupu sepapat perempuan sebab tu aku suka buat perangai mendabik dada. Kahkah. Melawak je uolls. Aku sangatlah baik hati sebab tu bebudak ni sayangkan iolls.



Budak belakang tu memang dari dulu mengadap muka aku. Dulu sekolah menengah aku ulang alik dari rumah maksu aku pi sekolah. Tiap kali raya aku balik sini. Tiap kali cuti aku mesti singgah sini. Sekarang dah sambung degree pun aku tetap duduk rumah maksu aku masa cuti sem sebab jadi bibiksss. Bibik bukan calang-calang bibik. Bibik ni sangat berkaliber sebab berkhidmat kat rumah mak su sendiri. Aku ditugaskan untuk jaga tok aku sebenarnya. Takpe, aku suka sebab kat sini kedai dekat senang nak cari makan.


Akhirnya! Boleh pakai baju baru. Haha! Ini rumah terakhir aku beraya bersamaan rumah kedua untuk raya tahun 2016. Aku harap ada lah yang buat open house jadi boleh aku pi beraya tunjuk muka sikit. Tak beraya sangat pun. Pi rumah pakcik aku makan-makan pastu balik pi Aman Central. Manusia punyalah ramai nak cari parking pun susah. Memang orang beraya kat shopping complex ke camne ni?


Kasi chan laa nak tempek lagi sekali muka aku kat sini. Gambar tak banyak pun masa ni. Ini je yang ada. Mihmihmih.


Adik gua! Kurus kering pastu tinggi mengalahkan aku yang pendek kemetot. Tapi apa aku peduli. Kahkah! Raya tahun ni paling teruk sebab tak ada gambar keluarga. Tak sempat nak amik sebab adik aku awal-awal lagi dah cabut pi beraya dengan kengkawan lepas sesi bersalam apa semua. Inilah padahnya kampung dengan rumah dekat benorr jarak dia. Dia sekolah kat kampung sebab tu bila raya je dia hilang. Sabarrrr *urutdada

Sekian cerita raya tahun ni. Harap blog ni tak terkubur lagi macam sebelum-sebelum ni dan harap raya tahun depan lagi best dan aku rajin pergi beraya. Amiinnn. Lepas ni aku nak update cerita-cerita yang basi lagi. Muahaha!





Saturday, 2 July 2016

Hang Out With BFF

ASSALAMUALAIKUM

Last kitorang keluar ramai-ramai petang lepas selesai final exam sem dua. Celebration sebab dah merdeka lah kononnya sekaligus celebrate birthday kawan kesayangan weolls (mizah). Bukan main seronok dia sebab surprise yang menyakitkan hati dan jantung serta pankreasnya. Kahkah! Sorry mizah, hadiah tak seberapa je yang mampu kami bagi dan hajat dia nak tengok movie Now You See Me 2 tercapai. Pukul dua pagi baru sampai hostel. Sakan betul berjalan. Ekekekeke. Terima kasih jugak untuk Mizah sebab susah payah dapatkan kereta untuk weolls. Kereta kakak hang memang berjasa uolls. Hihi.

Kitorang keluar lebih kurang pukul 3.30 camtu sebab nak booked tempat untuk berbuka sekaligus merewang dalam tu. Ikutkan hati nak tengok wayang sementara tunggu bebudak lain tapi time tak kena la pulak. Tu yang bantai tengok midnight movie. Nasib baik ada jejaka yang ikut kalau tak mimpi lah korang nak balik lambat. 


Benda yang wajib buat. Kalau tak, tak lengkaplah segala hang out. Muahaha! Wefie is a must u know. Sapa je tak suka selfie? Aku memang hantu selfie cuma dah sejak-sejak tua sikit ni tak upload sesuka hati dah segala mak nenek selfie ni. Ahaks!


Happy belated birthday mizah. Aku memang pesen update semua cerita yang dah basi. Haha! Lagi basi lagi best sebab dapat mengimbau kenangan gittew. Padahal semua benda aku dah lupa sebab tu macam hape lagi semua entry aku.


Lighting sangat membantu menjadikan muka weolls agak meyakinkan. Hakikatnya muka aku dah macam hape lagi. Haha!


Tujuh orang makan. Dua round semua pakat bangun amik makanan. Perut tong memasing makan tak kenyang-kenyang. Dah kenyang makan berat-berat, belasah ais krim pulak. Lepas tu complain berat naik. Mihmihmih


Muka-muka menunggu waktu berbuka. Duit pun melayang sebab tu muka macam tu biasalah hujung sem. Haha!



Tujuh orang semuanya. Terima kasih lagi dua orang kat belakang tu sebab turut menjayakan prank birthday party mizah sekaligus memeriahkan kita punya ifthorrr. 


Sementara menunggu movie yang pukul 11.30 malam tu, marilah buang masa dengan selfie pastu melepak tepi pantai. Sempat karaoke lepas tu buat sesi luahan perasaan. Nyamuk pun sedap je gigit aku. Tahulah darah aku manis macam gula pun.



Gambar kat tepi pantai ini je yang semenggah. Yang lain lighting tak elok langsung. Celah mana nak elok dah gelap gelita lampun pun tak ada mengharapkan lampu jalan semata-mata. Pukul 10.45 cemtu gerak masuk dalam mall pulak tunggu movie. Lebih kurang dua pagi baru sampai hostel. Bagus betul perangai.

Esoknya gigih pulak bangun awal kemas barang dan kosongkan bilik nak cabut balik. Bila dah balik tu maka selamat tinggal desasiswa yang berbakti untuk aku selama dua semester. Tak sangka aku dah nak jadi senior. Kahkah! Kbye.