ASSALAMUALAIKUM
Sekali lagi program persatuan berlangsung hari ni. Kali ni buat dekat luar kampus. Pengarah Projek pilih Bukit Bendera untuk hiking. Yeayy! Aku tak hiking pun. Huehuehue. Aku sebagai ajk makanan turut menjadi runner. Penat mengalahkan orang hiking. Penat otak dan mental sebab ada je benda tak kena. Itu tak cukup, ini terlebih. Tunggu nak naik tren pun dua jam. Memang masa tu lari jauh sangat. Makanan pun tak sama macam apa yang kami nak. Agak kecewa tapi aku okay je. Aku bukan jenis orang yang cepat bad mood. Kahkahkah!
Penat tau duduk dalam kereta even bukan aku yang drive. Dah lah sesat nak sampai kat taman botani pun. Sepatutnya pergi bukit bendera terus beli tiket. Tapi biasalah setiap program mesti ada yang kurang. Management tak berapa okayy. Kuikuikui. Dannnn ada pulak peserta yang patah balik turun daripada hiking sebab tak larat dah. Alahh korang ni baru setengah jam kot atas tu. Haha! Sebab tu drag masa sikit. Terus jadi kelam kabut. Paling kesian dekat driver la. Wanita paling ayu pulak tu. Auchh.
Teruk betul camera phone aku ni. Lighting pun dah tak terkawal. Mungkin tiba masa tukar phone. Iphone7plus ehemmmmm. Muka ni lah yang beli tiket, kira kad matrik dan ic berulang kali. Paling tak boleh blah, kad matrik jatuh and nasib baik ada orang tegur. Kalau tak habis kitorang nak menjawab. Muka yang amanah untuk menjaga kad matrik dan ic peserta yang hampir enam puluh orang termasuk exco. Hoihh lemah semangat betul.
Hey adik faa! Banyak mulut budak ni. Pot pet pot pet tak penat gamaknya.
Hey kak tassha! Tercabut zip beg orang dibuatnya. Ganas sangat akak ayu ni. Haha! Punyalah excited dah settle kira-kira and check apa yang patut. Nak tutup zip beg pun penuh dengan kegembiraan sampaikan zip tercabut. Paling kelakar.
Hey Atilia! Menipu betul camera iphone ni. Berseri-seri muka aku walaupunnnnn tak sanggup nak cakap kat muka sendiri. Penat weh menunggu makanan dan ajk makanan sampai. Lepas tu tunggu lagi dua jam beratur nak naik tren. Rombongan sekolah ramai sangat sebab weekend. Bising tak payah cakap lah. Hoho. Siap ada yang potong queue. Bukan budak-budak yang potong. Orang tua yang melebih. Tak tahu lah nak cakap apa. Sabar jelah noksss.
Muka-muka ajk makanan. Paling kesian dekat budak laki sebab kena angkut kotak air mineral naik sampai ke puncak. Kesian jugak sebab kena menunggu hampir sejam sebabkan hal negara yang tak dapat dielakkan.
Sempat lagi ya mamarazzi. Hey mek ngko dah kenapa sampai tertutup mata tapi tersengih-sengih. Dah la menjerit dalam tren hahaha! Hampehh betul bebudak ni aihhh.
Aku pulak yang terkono. Sampai tertutup mata aku melayan keindahan yang agak padat dalam tren. Kahkahkah.
Budak dua orang yang penat hiking. Sampai pengsan lah budak tudung bunga-bunga tu. Apa-apa pun syabas sebab berjaya. Penang Hill curam gila ye sebab tu aku tak sanggup nak hiking. Sapa nak angkat aku kalau pengsan. Silap hari bulan dorang golekkan aku je turun sampai bawah. T_T
Sambutan sangat best sebab school lain pun join jugak. School = fakulti. Minta maaf yang mana terkurang tu. Manusia semua buat salah dan silap. Harap semua have fun!
Tak tahulah nak letak caption apa. Haha!
Last before turun dari Penang Hill. Tunggu tren lagi sekali. Muka dah serabut + penat masing-masing. Yelah sampai kat puncak pukul satu then pukul dua lebih dah kena turun. Penat beratur dua jam tadi tak hilang lagi kot.
Last but not least! Cantik kamera phone baru kawan kiteee. Wiwiwiwi. Ada jugak gambar sorang yang senonoh. Yang lain semua selfie. Ni kali kedua aku jejak bukit bendera selepas setahun. Lepas ni nak datang lagi sebab aku terbayang-bayang desert kat dalam tu.
Pukul tiga lebih peserta dah gerak balik USM. Aku dengan geng naik kereta tadi pukul empat lebih baru gerak. Makan dulu mengenyangkan perut yang tak berapa nak kenyang tadi. Padah minum kopi sampai tak boleh nak lelap langsung sampai sekarang. Plan asal nak buat assignment tapi errr nanti lah. Update blog dulu sebelum aku lupa kejadian hari ni. Ni last program untuk sem ni. Sem depan akan ada lagi dan lagi banyak kot. InsyaAllah.
Tahniah PPIK!
XoXo