ASSALAMUALAIKUM
Semester tiga akan melabuhkan tirai lebih kurang dua minggu lagi. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Aku rasa macam baru semalam melangkah masuk dalam USM dan bosan tunggu bila orientasi nak habis. Haha! Final exam aku mula 28 Disember hoihhh awalnyaaa. Esoknya ada dua paper lagi dan gap sehari. Kemudian, gap dua hari seterusnya takde gap dah sampai 4 Januari. Hahaha matilanakkk. Apa aku nak goreng dalam kertas nanti ni. Tapi takpe abaikan sekejap. Aku nak celoteh kejap kat sini kejadian makan steamboat. Wuhuuuu!
Actually dah macam rutin setiap sem pulak keluar makan dengan mahluk yang bernama Amin. Muehehehe. Sem satu makan dekat mana entah tak ingat lepas selesai presentation. Sem dua BBQ dan sem ni steamboat pulak. Amin sangat bagus dalam bab mengingati kawan ni. Takde plan pun nak makan ke apa terus jadi. Pagi tu baru bersembang nak pi steamboat, malam terus on! Ke seberang meninggalkan pulau buat dua jam.
Layan gambaq jelah ye. Aku malas nak menaip. Kahkahkah!
Driver yang kekenyangan. Bagi penghormatan dengan selfie. Kahkah! Dia pun dah tak larat nak melayan aku.
Masing-masing dah kenyang. Jom balik USM sambung kerja apa yang patut. Terima kasih Amin & Syafiq sebab bawak kami tiga orang. Lepas ni boleh bawak lagi. Hihi!
Nota kaki : Blog ini bertujuan untuk kenangan aku masa depan. Maaf kalau menganggu kehidupan kalian. Peace!
XoXo








