ASSALAMUALAIKUM
5 Mei 2017.
Grand Diner De Nuit PPIK, USM.
Theme : Garden
Tahniah Exco Persatuan Ilmu Kemanusiaan berjaya anjurkan Majlis Makan Malam tahunan yang sangat kebabom. Ejaan tu memang ‘diner’ ya. Tak tahu budak-budak ni ambik daripada mana perkataan tu. I malas nak google. Hihi. I bawak diri pegi makan dan buat performance je untuk malam tu. Nasib baik suara tak kelaut. Dah lah bawak lagu Menahan Rindu. Lagu baru pulak tu. Haha!
Malam tu aku pakai simple yang mungkin sebab tak sempat nak cari baju pun. Pitis dah habis. Tulah boros sangat sampaikan JPA bagi duit pun habis licin macam tu saja. Hikhik. For the first time sepanjang aku hidup 22 tahun ni, aku makeup lebih sikit dan pergi dinner. Perghhh dia punya tahap confident tu tak ada langsung tapi aku gagahkan jugak. Selama ni pakai lipstick je colour kemain. Nak makeup lebih-lebih bukan aku lah. Tapi malam tu saja je gatal hahahaha.
Our picture. Terima kasih kepada yang memegang kamera
sebab snap gambar kitorang yang baru je duduk tak menyempat nyempat nak bagi
posing maut. Lols.
Aku banyak bergambar dengan orang yang sama sebab muka-muka
ni yang selalu ada dengan aku susah mahupun senang. Gittewww. Padahal takdak
orang yang nak bergambaq dengan hang! Hahaha. Makanan sedap gila tapi tak
sempat nak ambil gambar langsung. Terlalu sibuk memikirkan perut yang
berkeroncong mintak diisi. Padahal makanan ada depan mata dah sebab duduk meja
VIP kann. Hikhikss. Aku makan bread butter pudding banyak gilaa okay. Dua
pinggan penuh sebab sedap nak mampp. Pudding paling best aku pernah makan
setakat ni. Sos vanilla dia boleh bikin nangis. Sedap punya pasal. Menyesal tak
ambik gambar. Sesal kemudian tiada guna.
Adik manis yang sangat lemah lembut macam cotton candy. Aku memang takde rupa cotton candy ke marshmellow apa benda tu sebab aku kasaq. Ramai nau cakap aku kasaq maka memang kasaq sungguhlah aku.
Mehlah layan gambar. Tak tau nak bebel apa. Boleh menang blog paling hambar ni. Kenapalah aku tak aktif blogging macam dulu dah. Blog dulu boleh tahan gak taklah hambar teruk macam ni. Forgive me lols.
Hai. Kami budak major sastera. Ye, sastera yang orang selalu anggap sajak, syair, pantun dan sebagainya tu. Padahal nak tercabut kepala otak buat benda lain yang sangat mencabar terutama sekali bila nak habiskan novel dan hikayat. Malas tu tak dapat digambarkan macam mana. MasyaAllah teruk sungguh malas itu. T_T
Banyak gambar ada muka dia. Ye. Dia bodyguard aku. Sape suruh yang lain tak join tak cukup genglah aku masa dinner tu.Kahkahkah. Actually bff aku sorang lagi sepatutnya ada masa dinner ni tapi masa tu keadaan tak mengizinkan. Jadi takdelah kenangan dengan dia untuk dinner kali ni.
Jarak sikit. Hahaha! Adik I ni malu. Baik, sopan santun sangat. Jarak tu bagus ya jangan rapat-rapat tak manihh orang pandang.
Budak ni dulu pernah ada salah faham antara aku dengan dia disebabkan mulut orang. Kurang ajar betul manusia tu. Tapi sekarang dah baik and rapat semula lepas mengadakan sesi luahan perasaan. Love you, yaya!
Wow baru kalini aku bertuah ya sebab dapat hadiah cabutan bertuah. Okaylah tu dapat botol air dan bekas makanan. Habuan untuk guna kat USM. Kalau hilang pun tak lah rasa bersalah gila macam bekas tupperware tu. Hihi. Sayang sangat tiga orang si manis ni.
Last sebelum balik. Aku puas hati dengan lighting kat sini. Terima kasih kepada pihak hotel kerana menggunakan lampu yang berkualiti tinggi. Aku amat hargai.
Kesayangan. Majlis Tertinggi & Exco Persatuan Ilmu Kemanusiaan 2016/2017. Tahniah kepada yang dah tamat perkhidmatan. Aku masih meneruskan perkhidmatan sebagai exco. Haha! Nak kumpul mycsd nak dapat hostel uolls. Sidang depan 2017/2018 tahun last aku berkhidmat sebelum jadi student final year. Yeay dah nak habis lagi tiga semester. Syonoknyaaa la haiii.
Tu jelah. Nak cerita apa lagi? Kbye hahaha!