ASSALAMUALAIKUM
Bulan March haritu selesai program tahunan persatuan. Kiranya program yang besarlah bagi persatuan kami yang comel ni. Hikhiks. Pengarah projek sangat hebat sebab semua budak-budak suka dia termasuklah kami yang exco-exco dan AJK ni sebab alahai lemah lembut sangat. Program berlangsung dua hari satu malam. Budak-budak balik tidur dekat rumah. Kitorang tidur kat asrama sekolah. Opss kecuali aku dan bestfwenn aku. Aku special case takleh tidur asrama. Hekhekhek.
Dahlah aku nak tempek gambar je kat sini sebenarnya.
- Day 1 ( 17 March 2017) -
2 tu refer to year two aku kat USM. Tapi year 3 pun aku dengan persatuan ni lagi. Guna kad yang sama lagi ke? Aku tak pasti. Belasah jelah asalkan ada nama kat situ.
Emcee for opening ceremony. Cehh takleh blah betul alas meja dengan baju korporat sama nau nau warna dia. Dah serupa melekat kat meja dah kitorang haa.
Mana ada dia, adalah aku kat situ. Thanks sebab teman and jaga I sepanjang program.
Selepas selfie dan bergambar apa yang patut, back to work. Sesi bersama adik-adik and fasilitator. Group member aku pemalu nak mampp yaa. Puas aku membebel suruh jadi berani sikit. Nasib baik jenis menurut arahan. Bersuara gak la masing-masing. Settle aktiviti dalam dewan, ayuhlah bergerak ke padang untuk aktiviti lain. Aku tak ingat dah apa benda tapi main baling belon yang ada air dalam tu. Habis basah. Aku tarik diri awal-awal.
Orang lain sibuk berlari tengah padang. Kitorang sibuk ambik gambar sampai habis aktiviti.
Our group members. Habis semua kena paksa dengan aku untuk jadi havoc. Tolonglah kecoh sikit jangan nak simpan suara tu sangat.
Dah penat. Baring pun boleh bergambar. Tak guna sikit makhluk lelaki dua orang ni. Merapu banyak.
2nd day. Dahlah malas nak tulis. Tempek gambar jelah.
Berjalan lancar! Good job gaisss.
Diakhiri dengan barisan fasilitator. Bye!










