ASSALAMUALAIKUM
Dua sem aku dekat usm, baru hari ni nak update life masa minggu orientasi bulan sembilan haritu. Cerita basi pun basi lah asalkan ada cerita yang hendak diceritakan. Haha. USM tak sebut minggu orientasi or whatever. We called minggu siswa lestari. USM kan universiti yang nak lestari semua benda. Hoho. That's why sem satu aku ngadap modul lestari. Yeahh not bad sebab senang. Kihkihkih. Hidup dekat USM ada pasang surut. Moments yang takkan aku lupa of course masa minggu pertama dekat sini. Kenal dengan kawan-kawan baru. Jumpa muka ke muka dengan kawan-kawan yang kenal through group whatsapp dan sekarang jadi kawan baik aku. InsyaAllah kawan baik sampai bila-bila. Amin.
Here we go! Meh layan gambar semasa minggu siswa ni. Penuh gambar selfie je. Masuk DTSP selfie, bawah khemah selfie. Tengah jalan pun jadi. Nampak sangat jakun kahkahkah.
Our first selfie. Our first everything. Dua ketul ni lah yang aku kenal dulu dalam group whatsapp. Dapat bilik pulak selang satu bilik je. Kuat jodoh hihi.
Muka semua suci kemain lagi. Malam tu baru mula program so petang tu boleh lepak dekat tasik biawak. Nama tasik tu biawak sebab banyak betul biawak dalam tasik tu.Besar-besar pulak tu. Apa dia makan pun aku tak tahu dan mana datangnya biawak tu pun sampai sekarang jadi tanda tanya. Rindu muka masa ni. Bersih tanpa sebarang miss J. Muka pun kecik lagi. Sekarang membesar dengan jayanya. Lengkap dengan pakej double chin. Haha!
See? Sesuci lebaran. Muka-muka tak cukup tidur. Apa yang aku suka sepanjang minggu siswa lestari ni, PPSL sangat-sangat best kebabom! Dorang tak dera kitorang langsung. Tidur pun boleh dikatakan awal lah. Pukul satu macam tu dah boleh masuk bilik. Tapi second day kena bangun pukul 5 pagi tu yang muka macam rela tak rela je. Kihkihkih.
Majlis Angkat Sumpah. Kena pakai warna cerah dari atas sampai ke bawah. Sangat suci okayhhh. Masa minggu ni semua akur je dengan segala bagai peraturan. Lepas habis program entah apa-apa jadi. Ikut suka kepala sendiri. Haha. Dah selesai majlis angkat sumpah ni baru officially jadi mahasiswa/siswi USM. Padahal dah daftar tu kira official la kan? T_T Abaikan asalkan aku dah jejak kaki kat sini.
Paling suka masa ni. Majlis makan malam dan itu tandanya orientasi dah nak habis. Kahkahkah. Malam tu baru boleh pakai suka hati. Aku awal-awal dah cop seluar jeans. Tak kuasa dah nak pakai kain or baju kurung. Malas nak menggosok sebenarnya. Tak sempat pun nak berkejar-kejar pukul lapan dah kena turun. Finally dapat makan dengan sempurna, tenang hati dan tak rushing. Masa ni rasa insaf sekejap. Baru berapa hari makan tak betul.  Orang dekat luar sana ada yang tak makan pun ada. Memang licin semua lauk malam tu. Aku memang makan bersungguh-sungguh ye. PPSL kat atas pentas dok bercakap macam-macam kami buat tak tahu je. Makan lagi penting. Kahkah.
Last day. Berkumpul dekat stadium untuk walkrobic & pertandingan sorak antara desasiswa. Program yang paling ditunggu-tunggu masa ni. Selesai program, merdeka lah kami. Seriously have fun gila masa program ni. Kau nak menjerit, melompat, meroyan suka hati kau. Tak ada siapa nak kisah dah.
Hai akak PPSL tudung merah. Kak Atiq. Best PPSL ever. Terima kasih sebab layan dan jaga kami selama seminggu. Sampai demam tak ada suara dibuatnya tapi gigih jugak. Big applause. PPSL yang lain pun best dan happening. Pertama kali dalam hidup aku suka orientasi. Haha. Permohonan untuk jadi PPSL sidang depan dah buka. Berbelah bahagi nak join ke tidak. Tapi teringin nak handle adik-adik junior nanti. Wuhuuu dah nak jadi senior. Kahkahkah.
Momen yang takkan aku lupa sepanjang hidup aku. Muka-muka yang gembira masa ni memang akan aku ingat. Aku takkan dapat benda ni dekat mana-mana dah. Peluang yang Allah bagi sepanjang 20 tahun hidup. Sebelum ni makan hati je tengok orang lain masuk uni. Sekarang, aku pun dah jadi macam orang lain tu. Belajar betul-betul dan capai impian yang diri sendiri nak dari dulu. Banggakan parents yang besarkan aku sampai jadi orang macam sekarang ni.
X0X0!
 







 
Assalam,
ReplyDeleteHi nak tanya time u dulu minggu siswa lestari wajib ke semua bertudung? Atau cukup sopan dan formal je? Dan lagi satu usm kk ni wajib ke bertudung ye time kuliah dll waktu?? Mohon awk jawap ye .