ASSALAMUALAIKUM
Sunyi sepi habis bersawang tak sempat nak update apa-apa pun. After midsem break, balik USM terus bertungkus lumus siapkan dua assignment. Mata macam panda tak cukup tidur. Tidur cuma lima jam dan selebihnya berjaga. Aku sangat tak biasa berjaga sampai lewat malam dan tak cukup tidur. Tidur aku kena cukup lapan jam. Paling kurang pun tujuh jam. Yeahh sangat skema dan acah-acah bayi yang kena tidur cukup. Nak buat macam mana dah terbiasa sejak zaman pra sekolah. Hikhik. Kengkawan pun dah maklum sangat dengan aku yang sangat mementingkan kualiti tidur supaya esoknya jadi manusia yang cergas. Tapi tidak juga ya sebab dalam kuliah sejarah mata tetap tak boleh buka macam ada gam gajah. Tskkkk
Dua assigment BM dan puisi digital sastera. Puisi digital ni la yang buat aku tak tidur sampai dua tiga pagi. Menapak ke desasiswa (asrama) yang seberang jalan perlu naik jejantas dan tunggu bas selama tiga puluh minit untuk sampai ke kafe restu. Yeahh sangat gembira. Keluar dari bilik pukul lapan malam dan sampai bilik pukul satu pagi. Gigih menapak dari kafe restu balik ke desasiswa sebab dah tak ada bas. Tiga puluh minit berjalan kaki dan pengalaman ni takkan aku lupa langsung. Sunyi sepi dah kampus masa tu. Berjalan tak toleh belakang langsung. Sangat kesian. Sebab dah terbiasa senang, bila sesekali susah mula la nak merungut. Nampaknya pengorbanan aku ni tak terbalas apabila puisi digital kena reject! Kahkahkah gembiranya rasa hati ini. Terima kasih prof. *lapairmata. Berhuhuhu la aku dengan partner aku. Speechless. 99% gagal bak kata prof. Sorang je yang menepati cita rasa dia. Hmmm okay fine. T_T
Minggu ni kembali jadi zombie la nampaknya. Assignment pengajian islam tambah lagi satu puisi digital. Nak menangis rasa. Stress sem ni sangat teruk. Baru sem dua. Dah nama pun student kan? Takkan nak goyang kaki. Baik tak payah belajar kalau macam tu. Tapi yelah nak hadap stress ni memang sakit. Dengan perangai manusia yang macam-macam. Semoga pengorbanan ni berbaloi macam sem lepas, insyaAllah.
Oh, lupa pulak. Minggu ni pun kena handle dua program. Satu jadi AJK, satu jadi fasilitator. Alhamdulillah, diberi peluang dan kepercayaan. Program ni nanti la update entry lain. Hihi. Banyak gambar nak upload.
Nah, belanja satu muka stress. Tengok phone pun muka berkerut. Kehkehkeh.







